seindah hiasan adalah wanita solehah

seindah hiasan adalah wanita solehah
peribadimu indah wahai gadis solehah,auratmu terjaga bgi menghindari fitnah mata manusia,tingkah laku mu yang sopan menambat sanubari seorang insan,,lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah,hatimu sentiasa mengingati Allah,mulutmu sentiasa menyeru kalam2Nya.sungguh,kau lah wanita pedamba mujahid..moga di akhirat kelak kau akan bersama mereka menjadi penghuni syurgawi idaman abadi..

Monday, 25 July 2011

cinta bukan matlamat

cinta itu bukan tujuan,cinta itu hanya jalan.cinta itu bukan matlamat,cinta itu cuma alat.rasa ingin mencitai dan dicintai dalam diri setiap manusia.pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.
 cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama.Dalam hal ini,Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"apabila seorang hamba Allah telah berkahwin,ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya.maka separuh yang lainnya hedaklah ia bertakwa kepada Allah." (riwayat al-Baihaqi dalam shu'b al-iman daripada Anas)
 cinta memang penting,tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah itu jauh lebih penting.sayangnya,hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang sedang bercinta.tujuan cinta sering di pinggirkan.Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipingirkan hanya kerana cinta.kononnya,cinta itu suci dan tinggi.
 sepatutnya kita haruslah meletakkan cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah.wujudkalah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tegaknya kalimah Allah.

Saturday, 23 July 2011

Sabar itu Indah

jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menahanya
kita hamba  yang dibatasi takdir
di situlah nokhtah segala tadbir

hitungkan laut kesyuku ran
di pinggir pantai kesabaran
carilah hikmah tuailah iktibar
sabarlah dalam bersabar

betapa pun terasa pahit
janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
didikan terus dari Allah.

ujian itu penenbus dosa
meningkatkan darjat
menambahkan pahala
bingkisan tazkirah daripada yang Esa
bagai ombak....
penghias samudera.

Wednesday, 13 July 2011

dia 'Kekasih Allah"

 Tugas umat islam adalah berusaha menegakkan kebenaran,walau pada akhirnya ia akan menemui brbagai ujian dan cabaran.kerana memang dalam menegakan kebenran itu selalu sahaja mendapat berbagai rintangan dan halangan.menurut Muhammad bin Jamil Zainu bahawa golongan yang selamat itu jumlah sedikit dari kalangan manusia,disamping golongan itu juga banyak di musuhi oleh umat islam.
 Dibawah ini adalah diantara mujahid-mujahid yang tetap tabah dan sabar dalam menerima cubaan dan ujian dari Allah di dalam menegakan kebenaran.


dan yang termulia disisi Rabbul Izzah ialah junjungan besar 
moga di hari akhir dunia nanti aku bersama kalian menuju ke Jannatul Firdausi yang terindah.
اللهم صلى على سيدينا محمد

Monday, 11 July 2011

supaya gelisah bernilai ibadah



ام حسيبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضرآء وزلزلوا حتى يقول السول والذين ءامنوا معه,متى نصر الله  ألآ إن نصر قؤيب

 "apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan)sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?mereka di timpa oleh malapetaka dan kesengsaraan,serta di gongcangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkata Rasul,dan orang-orang beriman bersamanya :"bilakah datangnyapertolongan Allah?)"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allahitu amatlah dekat."
                                                                                                  (al-Baqarah : 214)
 Jesteru itu,jangan sesekali berdukacita andai hidup di landa musibah.Jangan berputus asa tatkala gelora dugaan membadai pantai kehidupan kita.Jangan sesekali menjadikan sebagai cubaan itu sebagai alasan untuk menanggalkan selimut keimanan dalam jiwa kita.sebaliknya ingatlah betapa segala ujian dan cabaran itu sedang menguji kita.Ia umpama ujian yang ingin menilai tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Lantas,jadikanlah segala ujian dan cubaan itu sebagai pemangkin ntuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada-Nya,dan randailah kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan biarpun pelbagai musibah dan ujian melanda.Ingatlah betapa kesabaran itu bakal membuahkan ganjaran yang lebih besar dan bernilai daripadanya.

Friday, 8 July 2011

permulaan

Permulaan....
Ini adalah permulaan...
kegagalan juga satu permulaan,
kemenangan juga satu permulaan.

Ia baru sahaja bermula,
Teruskanlah!!!
teruskanlah usaha ini,
jangan berputus asa..
Jangan jatuh oleh kerana anasir-anasir luar itu,
Ingatlah asal-usul mu,
Kau pasti Teguh!
kau mesti Yakin!
kau harus Tabah!
kau harus Tekad!
Kau harus Cekal!

Ia baru bermula,
Teruskanlah,
skali lagi kau melangkah,
kau menghampiri
KEJAYAANMU!!