seindah hiasan adalah wanita solehah

seindah hiasan adalah wanita solehah
peribadimu indah wahai gadis solehah,auratmu terjaga bgi menghindari fitnah mata manusia,tingkah laku mu yang sopan menambat sanubari seorang insan,,lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah,hatimu sentiasa mengingati Allah,mulutmu sentiasa menyeru kalam2Nya.sungguh,kau lah wanita pedamba mujahid..moga di akhirat kelak kau akan bersama mereka menjadi penghuni syurgawi idaman abadi..

Monday, 11 July 2011

supaya gelisah bernilai ibadah



ام حسيبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضرآء وزلزلوا حتى يقول السول والذين ءامنوا معه,متى نصر الله  ألآ إن نصر قؤيب

 "apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan)sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?mereka di timpa oleh malapetaka dan kesengsaraan,serta di gongcangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkata Rasul,dan orang-orang beriman bersamanya :"bilakah datangnyapertolongan Allah?)"
Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allahitu amatlah dekat."
                                                                                                  (al-Baqarah : 214)
 Jesteru itu,jangan sesekali berdukacita andai hidup di landa musibah.Jangan berputus asa tatkala gelora dugaan membadai pantai kehidupan kita.Jangan sesekali menjadikan sebagai cubaan itu sebagai alasan untuk menanggalkan selimut keimanan dalam jiwa kita.sebaliknya ingatlah betapa segala ujian dan cabaran itu sedang menguji kita.Ia umpama ujian yang ingin menilai tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Lantas,jadikanlah segala ujian dan cubaan itu sebagai pemangkin ntuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada-Nya,dan randailah kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan biarpun pelbagai musibah dan ujian melanda.Ingatlah betapa kesabaran itu bakal membuahkan ganjaran yang lebih besar dan bernilai daripadanya.

No comments:

Post a Comment