Allah Azza Wa Jalla berfirman:
إنما المومنون الذين ءامنوا بالله ورسله> ثم لم يرتابوا )
(.وجهدوا بأمولهم وأنفسهم في سبيل الله أولئك هم الصدقون
Maksudnya:- "sesungguhnya orang-orang yang beriman hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul
Nya,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan
Allah,mereka itulah orang-orang yang benar."
al-Hujurat :ayat 15
Seorang mukmin sejati adalah insan yang gigih mengembangkan nilai-nilai keimanan dalam dirinya dan mengamalkan nilai-nilai iman itu dalam kehidupan nyata.iman adalah apa yang diyakini dihati dan
ditunjukkan dengan perbuatan nyata dalamkehidupan seharian.seorang mukmin sejati tidak akan menyekutukan Allah dan tidak ada keraguan sedikit pun dengan segala hal yang berkaitan dengan nilai-nilai iman dan akidah.
Seorang mukmin sejati adalah insan yang tulus ikhlas berjuang di jalan Allah dengan jiwa raga dan hartanya.jihad dengan harta,meski setingkat di bawah jhad dengan jiwa raga,ia tetap memiliki kedudukan yang sangat tinggi dan agung dalam ajaran Islam.Allah banyak menegas dalam firman-Nya tentang infaq,sedekah,sumbangan dan pengorbanan di jalan-Nya.Allah juga menjelaskan 'jalan lurus' dan 'jalan utama' yang mesti dilalui kaum beriman sepanjang hidup mereka di alam realiti ini.sebagaimana yang termaktub didalam firman-Nya:-
* فأمامن أعطىواتقى* وصدق بالحسنى* فسنيسره لليسرى
*وأمامن بخل واستغنى* وكذب بالحسنى* فسنيسره للعسرى
*وما يغنى عنه ما له إذا تردى
maksudnya:-"adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah,dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga),maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.dan ada pun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup.serta mendustakan pahala yang terbaik,maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa."
al-Lail:ayat 5-11
::. Terasa jauh 'Rahmat Allah'..layakkah kita?? untuk mendapat belas kasihan dariNya,pandangan simpati dariNya..?melihat keadaan iman,sangat membimbangkan..kekadang kita rasa 'biasa' apabila kelalaian hadir dalam jiwa yang ingin kita persembahkan pada Allah.sebab itulah kita perlu saling memperingati,sesungguhnya hubungan kita bukanlah 'hubungan biasa' tapi ukhwah kita akan menuju ke syurga Allah... .::
seindah hiasan adalah wanita solehah
peribadimu indah wahai gadis solehah,auratmu terjaga bgi menghindari fitnah mata manusia,tingkah laku mu yang sopan menambat sanubari seorang insan,,lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah,hatimu sentiasa mengingati Allah,mulutmu sentiasa menyeru kalam2Nya.sungguh,kau lah wanita pedamba mujahid..moga di akhirat kelak kau akan bersama mereka menjadi penghuni syurgawi idaman abadi..
Sunday, 15 May 2011
Wednesday, 11 May 2011
buatmu yang sedang merindui hidayah
Kutitipkan di sini sebuah nukilan yang mungkin mewakili bicara hatimu saat ini....
KUMENCARI
puas sudah.
ku cari kebahagiaan,
di sisi teman-teman,
ku dapat hanya kelalaian.
ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
ku dapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan.....
oh,di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan.
aku keliru sendiri,
apa yang ku cari,
apa yang ku perlukan,
aku masih tak bisa mengerti,
yang pasti,
kekosonga hati minta diisi.
sejenak ku tersedar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang rindukan,
hakikat kebanaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimpah cemerlang engisi kekosongan.
ku sedar,
destinasi pencarianku di sini,
ku mencari Mu-Tuhan,
mengaharap keredaan,
menagih kebahagiaan,
dan sinar cahaya iman.
Sunday, 8 May 2011
ummi
-Doa Buatmu Ibu-
Seorang Wanita Bermahkota Ibu,
Mengenggam Jari-Jari Kecil,
Ikatan itu Tidak akan Terurai,
Kerana Tautan Itu
Adalah tautan Darah dan Akhidah,
dan Rahmat Dari الله.
Kini Ibu,
Pegangnlah Tanganku Ini,
Biar Ku Bawa Ibu
Menjelajah Hasil Titik Peluhmu,
Biar Ku Bawa ke Alamku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini.
Dodoianmu Ibu,
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak dan Yang Batil,
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta,
Tersujud Lemah Mengabdikan Diri
Kepada Yang Esa.
Jika Belum Pernah
Kau Dengar
Ucapan Terima Kasihku,
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu,
Sepertimana Kau Mengasihiku
Semenjak Ku Kecil Hingga Kini
dan Untuk Selama-Lamanya..
Thursday, 5 May 2011
muslimah Tercinta
Ketahuilah,kita kini umpama berdiri di stau pelabuhan kehidupan,sedang kita menuggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi yang terakhir di sebuah daratan yang besar,iaitu akhirat yang lebih kekal.
tingkatkan ketaatan kepada الله dan rasul-NYA.carilah apa yang menyenangkan الله bagi memungkinkan kita meraih komuditi yang tidak berbanding nilainya..
Kita semua punya satu harapan untuk al-Jannah.Syurga yang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada الله..
maka persoalannya,layakkah kita??
semoga ia menjadi sebuah renungan yang bermakna..insyaالله..

Monday, 2 May 2011
cinta Allah
نحن بالله عزنا ** وبالنبي المقربي
بهما عز نصرنا ** لا بجاه ومنصب
من اراد ذلنا ** من قريب واجنبي
سيفنا فيه قولنا **حسبنا الله والنبي
>Kami mulia dengan Allah,
dan Nabi Muhammad kekasihNya yang mendampingi
dengan Allah dan Rasul kami mulia
bukan dengan pangkat dan kemegahan
mereka yang mahu menghina kami
dari dekat mahupun jauh
kami hunuskan pedang kami
cukup Allah dan Rasullulah bagi kami..
Sunday, 1 May 2011
istiqamah
Abu Amrah bin sufiyan bertanya kepada Rasullullah s.a.w.:"wahai pesuruh Allah,katakan kepadaku tentang Islam yang mana aku tidak akan tanya sesiapapun melainkan kamu." Rasullulah menjawab yang bermaksud:"katakanlah aku beriman dengan Allah,,kemudian Istiqamahlah."(riwayat Muslim)
Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus,berpegang pada akhidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh,tidak berubah dan berpaling walau dalam keadaan apa-apa sekalipun.
menurut Ibn Qayyim,terdapat lima prasyarat bagi mencapai Istiqamah dalam amalan.:
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan hanya kerana Allah (ikhlas)
*Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta ataw jahil.
*ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang telah di perintahkan oleh syariat agama.
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan sebaik mungkin.
*memastikan diri melakukan apa yang telah di tetapkan oleh syariat sahaja.
Dalam memastikan Istiqamah sesuatu,terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu :-
= Istiqamah Hati : Jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah,sebaliknya menghiasi diri dengan sifat mahmudah.(surah al-Furqan 25: 32)
=Istiqamah Lisan : menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerna hak.(surah Ibrahim 14: 27)
=Istiqamah Perbuatan :Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik.
Semoga kita tergolong di dalam golongan mukmin mukminah yang Istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan agar mmperolehi barakah daripada Allah s.w.t. insyaAllah..
Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus,berpegang pada akhidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh,tidak berubah dan berpaling walau dalam keadaan apa-apa sekalipun.
menurut Ibn Qayyim,terdapat lima prasyarat bagi mencapai Istiqamah dalam amalan.:
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan hanya kerana Allah (ikhlas)
*Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta ataw jahil.
*ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang telah di perintahkan oleh syariat agama.
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan sebaik mungkin.
*memastikan diri melakukan apa yang telah di tetapkan oleh syariat sahaja.
Dalam memastikan Istiqamah sesuatu,terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu :-
= Istiqamah Hati : Jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah,sebaliknya menghiasi diri dengan sifat mahmudah.(surah al-Furqan 25: 32)
=Istiqamah Lisan : menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerna hak.(surah Ibrahim 14: 27)
=Istiqamah Perbuatan :Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik.
استغفرالله العظيم
kelebihan apabila seorang insane bertaubat dan beristiqfar...
*Disayangi oleh Allah S.W.T.
*didoakan oleh para malaikat kesejahteraan dirinya.
*diampunkan dosanya
*diberikan pelepasan oleh Allah daripada segala masalah.
*ditinggikan kedudukannya di sisi Allah S.W.T.
*bertaubat merupakan ciri orang yang beriman.
-Dr.Yusuf al-Qardawi
Subscribe to:
Comments (Atom)