Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus,berpegang pada akhidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh,tidak berubah dan berpaling walau dalam keadaan apa-apa sekalipun.
menurut Ibn Qayyim,terdapat lima prasyarat bagi mencapai Istiqamah dalam amalan.:
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan hanya kerana Allah (ikhlas)
*Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta ataw jahil.
*ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang telah di perintahkan oleh syariat agama.
*perbuatan tersebut mestilah di lakukan sebaik mungkin.
*memastikan diri melakukan apa yang telah di tetapkan oleh syariat sahaja.
Dalam memastikan Istiqamah sesuatu,terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu :-
= Istiqamah Hati : Jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah,sebaliknya menghiasi diri dengan sifat mahmudah.(surah al-Furqan 25: 32)
=Istiqamah Lisan : menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerna hak.(surah Ibrahim 14: 27)
=Istiqamah Perbuatan :Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik.

No comments:
Post a Comment