-Doa Buatmu Ibu-
Seorang Wanita Bermahkota Ibu,
Mengenggam Jari-Jari Kecil,
Ikatan itu Tidak akan Terurai,
Kerana Tautan Itu
Adalah tautan Darah dan Akhidah,
dan Rahmat Dari الله.
Kini Ibu,
Pegangnlah Tanganku Ini,
Biar Ku Bawa Ibu
Menjelajah Hasil Titik Peluhmu,
Biar Ku Bawa ke Alamku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini.
Dodoianmu Ibu,
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak dan Yang Batil,
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta,
Tersujud Lemah Mengabdikan Diri
Kepada Yang Esa.
Jika Belum Pernah
Kau Dengar
Ucapan Terima Kasihku,
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu,
Sepertimana Kau Mengasihiku
Semenjak Ku Kecil Hingga Kini
dan Untuk Selama-Lamanya..
No comments:
Post a Comment